Saturday, June 20, 2009

G.E.R.A.K - membantu membuat keputusan

Allow me to explain this concept of mine in Malay ;)


G.E.R.A.K. adalah satu petua ringkas untuk membantu proses membuat keputusan. Ia boleh dipraktikkan selaras dengan '6 thinking hats' dan lain-lain konsep.
Akronim ini membawa maksud:

1) G: Guna
Gunakan segala sumber yang ada. Sumber utama adalah sumber manusia, iaitu dari segi kepakaran, ide, pengetahuan, pengalaman dan lain-lain. Alat-alat bantuan (tools) juga merupakan sumber yang perlu dan boleh digunakan.

2) E: Elemen
Senaraikan segala elemen yang berkaitan dengan isu yang dihadapi. Ini dapat membantu minda untuk merungkaikan isu yang dihadapi dengan lebih mudah. Gunakan 'mind map' untuk menyenaraikan segala elemen-elemen yang berkaitan.

3) R: Rujuk
Rujuk segala maklumat yang berkaitan dengan isu yang dihadapi. Sumber rujukan terdiri daripada pengalaman silam (first hand encounter), pengalaman pihak ketiga (case study, etc), konsep-konsep, teori-teori berkaitan serta trend-trend terkini. Sekiranya masa mengizinkan, luangkan masa selama mungkin untuk mendapatkan rujukan dari pelbagai sudut pandangan dan sumber.

4) A: Analisa
Analisa semua maklumat dan data yang telah dikumpul melalui langkah-langkah yang telah disebutkan tadi. Kategorikan mengikut kesesuaian. Sebagai contoh, boleh gunakan kategori asas 'Manusia', 'Mesin', 'Masa', 'Bahan', 'Wang', ataupun dari 'Ishikawa diagram' - Man, Method, Material & Environment. Bagi setiap kategori, senaraikan pro dan kontranya.

5) K: Kesimpulan
Dari analisa yang dilakukan, buat kesimpulan berdasarkan fakta yang nyata (iaitu pro dan kontra). Ingat, ketelusan dalam membuat kesimpulan adalah sangat penting bagi mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik dan tidak dipengaruhi kepentingan mana-mana unsur luar.

No comments: