Wednesday, April 27, 2011

Sinopsis Buku: Rahsia “Kyoumi No Chikara”



Buku ini mengisahkan seorang pemuda bernama Ahmad yang menjalani suatu proses kesedaran jati diri (‘self-realization’) untuk mencari formula kejayaan dalam hidup. Setiap peristiwa yang berlaku sepanjang kisah ini mempunyai pengajaran yang tersurat dan tersirat, sesuai dengan konsep Rahsia “Kyoumi No Chikara” yang akhirnya menjadikan Ahmad seorang individu yang lebih hebat.

“Kyoumi No Chikara” bermaksud “Kuasa Minat” (power of interest). “Kuasa Minat” adalah salah satu faktor utama yang menggerakkan manusia untuk bertindak memulakan sesuatu. Ia juga mampu membuat seseorang itu kekal bertenaga untuk meneruskan apa yang telah dimulakannya. Dengan “Kuasa Minat” juga seseorang itu akan terus berusaha tanpa mengenal rasa jemu dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Ia merupakan sumber tenaga tanpa had yang membolehkan seseorang itu kekal bermotivasi tinggi, melihat sesuatu dengan lebih teliti, melakukan kerja dengan lebih berkualiti dan mampu merancang masa depan dengan lebih baik.

Selain itu, kisah Ahmad juga mempunyai beberapa contoh pengajaran dalam khidmat pelanggan, pengurusan masa, kepimpinan dan membina keyakinan melalui watak-watak yang ditampilkan. Di akhir buku juga terdapat nota-nota untuk memudahkan pembaca memahami konsep “Kyoumi No Chikara”.


Buku ini turut mendapat testimonial daripada:

- Dato’ Seri Mustapa Bin Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri)
- Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah (Pakar motivasi terkemuka)
- Dato’ Bakaruddin Bin Othman (Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar)
- Dato’ Ahirudin Attan (Blogger terkenal ‘Rocky Bru’)
- Hajah Fatimah Mohamed (Mantan Ketua Pesuruhjaya, Persatuan Pandu Puteri Malaysia)
- Pn. Ramlah Shahari (Guru pakar bahasa)

6 comments:

aienhashimm said...

nak carikk buku niee ..
agakAGAK bpe ingget ea ?
:D

sensei said...

Buku ini boleh didapati di
1) MPH online
2) MPH The Curve
3) MPH Subang Jaya
4) MPH 1Utama

Harga senaskah ialah RM14.90

buku buku said...

wah menarik juga jika membaca dari sinopsisnya,trims ya sdh berbagi

Pena Muslim

Mateusz Antczak said...

Great blog, I invite you to me www.naszekwiatki.blogspot.com
and on the website of cosmetics MARIZA www.e-mariza.pl

Regards
Mateusz

Allan Liou's NFL blog said...

She and Mill got married, they lived happily ever after, and it was under her influence that John Stuart Mill tried to humanize utilitarianism.

nike nfl jerseys

Dubai Hotels said...

Are you seeking for hotels in Dubai? Click here www.dubaihotelsholiday.com get the special rates with the best deal...